Back To Halal News

Dec 06, 2024 11PM

Pameran 30 Tahun Jubli Mutiara LZS bertema bahtera simbolik perkasa komuniti Selangor

Lembaga Zakat Selangor (LZS) melancarkan Pameran 30 Tahun Jubli Mutiara sempena meraikan tiga dekad perjalanan dalam mengukuhkan institusi zakat dan memperkasa komuniti Selangor di  di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam hari ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata, pameran berkenaan bukan saja memperlihatkan pencapaian badan itu tetapi juga mengangkat kisah-kisah kejayaan asnaf yang telah dibantu melalui pengurusan zakat tersebut secara profesional.

 

“Satu masa dulu LZS hanyalah satu titik kecil dalam peta kewangan Islam dan institusi kebajikan di rantau ini, namun kini Alhamdulillah, semua pihak melihat ke arah LZS.

 

“LZS menjadi jambatan di antara muzakki (pembayar zakat) dan mustahiq (asnaf) dalam memastikan semua pihak mendapat kebaikan dan manfaatnya. 

 

“Orang-orang yang berkemampuan melihat LZS sebagai tempat untuk mereka menyucikan harta, manakala bagi yang kurang berkemampuan, LZS sebagai dahan buat mereka berpaut.



Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini sewaktu diwawancara petugas media pada Majlis Perasmian Pameran Jubli Mutiara 30 Tahun LZS di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13, Shah Alam.


“Rakan-rakan di Institusi Islam lain pula melihat LZS sebagai teman untuk menjayakan agenda kebajikan dalam bidang kewangan, sosial dan lain-lain,” katanya sewaktu berucap dalam perasmian berkenaan.

 

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah LZS, Raja Arshad Raja Tun Uda. 

 

Turut hadir Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Mastura Muhammad.


Antara aktiviti yang menanti pengunjung termasuklah pameran dan kuiz interaktif tentang LZS, reruai bagi informasi berkaitan perkhidmatan LZS, kuiz uji minda, sesi bercerita dan pertandingan mewarna kanak-kanak. 

 

Pameran bermula sepanjang Disember itu dibuka dari jam 10 pagi hingga 6.00 petang setiap hari kecuali cuti umum. 


Lukisan bahtera sebagai simbolik perjalanan LZS dalam meredah cabaran dan usaha menyantuni golongan asnaf


Menurut Mohd Sabirin, di sebalik kejayaan itu, LZS amat terhutang budi dengan semua pihak yang tidak henti-henti menyokong usaha dilakukan.

 

Justeru, katanya, menggunakan konsep bahtera sebagai simbolik perjalanan, ia menjadi lambang dedikasi LZS dalam menghadapi cabaran dan terus berusaha menyantuni golongan asnaf serta memberi perkhidmatan terbaik kepada pengeluar zakat.

 

“Mengimbau kembali sejarah penubuhan dan perkembangan LZS, bahtera ini ibarat sedang berlayar di tengah lautan yang bergelora. Pelayaran yang begitu mencabar di dalam pencarian bagi membantu mereka yang memerlukan. 

 

“Seiring dengan slogan Jalinan Harapan, Membangun Kehidupan, hingga kini, bahtera ini masih lagi berlayar dengan harapan akan terus dapat menyinari kehidupan asnaf fakir dan miskin di negeri Selangor. 

 

“Saya berharap pameran ini bukan sekadar memberi inspirasi tetapi juga membuka hati dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan berzakat sebagai tonggak ekonomi ummah khususnya di negeri Selangor. 

 

“Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk menjemput semua lapisan masyarakat hadir ke Pameran Jubli Mutiara 30 Tahun Lembaga Zakat Selangor,” katanya.





Waktu Solat
Waktu Solat
mosque
mosque

22 Dec 2024

Waktu solat berikutnya,

Imsak

pada

05:52

mosque
imsak

Imsak

05:52:00

fajr

Fajr

06:02:00

syuruk

Syuruk

07:13:00

dhuhr

Dhuhr

13:15:00

asr

Asr

16:37:00

maghrib

Maghrib

19:12:00

isha

Isha

20:27:00

mosque

Channel Partners

malaysiakinikiniTV

Strategic Partners

hiphip

Media Partner for

Hei 2023Hei 2023Malaysia Showcase